China Bekalkan Bantuan Kemanusiaan Kecemasan kepada Lubnan
2024-10-08 15:55:02 CRI
Kerajaan China memutuskan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Lubnan bagi membantu negaranya dalam menyediakan perkhidmatan perubatan.
Menurut jurucakap penerangan Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Li Ming pada Selasa, China membuat keputusan tersebut atas permintaan kerajaan Lubnan susulan berlakunya letupan peralatan telekomunikasi dan serangan udara di sejumlah tempat di negara berkenaan yang dilaporkan sudah meragut nyawa dan mengakibatkan kecederaan dalam jumlah besar di tengah-tengah situasi semasa Lubnan-Israel yang bertambah meruncing.