Cuti Hari Kebangsaan: Jumlah Perbelanjaan Pelancong Domestik Pecah RMB700 Bilion

2024-10-09 15:25:50  CRI
Share with:

Pasaran pelancongan China menyaksikan kedinamikan semasa cuti Hari Kebangsaan China yang juga dikenali sebagai "Minggu Emas" tahun ini. 


Menurut anggaran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, dalam tempoh cuti Hari Kebangsaan bermula dari 1 hingga 7 Okt, seramai 765 juta orang mengadakan pelancongan dalam negeri, melibatkan perbelanjaan sebanyak RMB700.81 bilion (RM424.75 bilion).


Untuk menarik kedatangan pelancong, pelbagai tempat di seluruh negara menawarkan pakej dan produk pelancongan dengan pelbagai tema berbeza, antaranya seperti menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah pada musim luruh, menghayati budaya tempatan yang istimewa, bersantai di luar bandar, mencuba makanan tempatan yang unik dan lain-lain.