Ekonomi China yang Stabil Lagi Maju Perangsang bagi Dunia

2024-10-09 15:49:27  CRI
Share with:

Siri dasar yang baru digubal dan dikuatkuasakan kerajaan China yang merangkumi kewangan, penggunaan, pelaburan, hartanah dan pasaran saham terbukti berguna bagi peningkatan keyakinan pelbagai pihak, dan dipercayai boleh mendorong ekonomi China berkembang ke arah yang baik.


Demikian dilaporkan dalam hantaran media antarabangsa setelah Beijing memperkenalkan pelaksanaan secara sistematik siri langkah terbabit pada Selasa.


Kestabilan dan kemajuan boleh disaksikan dalam operasi ekonomi China pada suatu ketika dahulu dan unjuran terhadap pasaran juga menjadi semakin baik. Antaranya, indeks pengurus pembelian (PMI) menunjukkan trend pemulihan dengan cepat, sedangkan pasaran saham pun mula melantun.


Sementara itu, kemakmuran pasaran penggunaan dapat disaksikan pada cuti Hari Kebangsaan. Pada 1 hingga 7 Oktober, jumlah ketibaan pengembara mencatat 2.008 bilion orang, dan jumlah tempahan tiket masuk ke tapak peranginan di seluruh negara bertambah 37% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jumlah pelancong dan pendapatan pelancongan masing-masing direkodkan pada paras tertinggi dalam sejarah, dan kutipan tiket wayang mencecah RMB2.1 bilion lebih (RM1.27 bilion). Menurut Bloomberg News, kedinamikan ekonomi China boleh kelihatan melalui kemakmuran pasaran penggunaan dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, khususnya pelancongan outbound yang dilihat kondusif bagi pembangunan ekonomi negara destinasi.


Di samping itu, pasaran China yang semakin terbuka boleh menyediakan peluang menang-menang kepada pelbagai negara di dunia ini. Parti Komunis China telah menggariskan pelan tindakan untuk meningkatkan tahap keterbukaan, termasuk peningkatan tahap keterbukaan dari segi institusi, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan terhadap sistem perdagangan luar dan sistem pengurusan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan luar pesisir (ODI), mengoptimumkan landskap daerah yang terbuka dan menyempurnakan mekanisme pembangunan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Beijing semalam mengumumkan lagi, pihaknya akan meningkatkan kesungguhan dalam menarik modal asing, memperhalusi pelaksanaan dasar pintu terbuka, mengesahkan sebilangan projek mega yang berkaitan modal asing dan memperkenalkan dasar  transit bebas visa yang lebih mudah.


Dewasa ini, ekonomi China tetap menghadapi persekitaran luaran yang rumit dan serius. Bagaimanapun, Beijing berkeyakinan penuh untuk mencapai matlamat pembangunan sepanjang tahun dan memastikan sosioekonomi berada di trend perkembangan yang sihat. Keyakinan seumpama itu juga dilihat sebagai perangsang bagi ekonomi dunia.