Sistem Piawaian Data Negara Dijangka Dibentuk Menjelang Penghujung 2026

2024-10-09 11:55:13  CRI
Share with:

Menurut "panduan pembinaan sistem piawaian data negara" yang diterbitkan bersama-sama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) dan Jabatan Data Negara baru-baru ini, sistem piawaian data negara dijangka akan dibentuk menjelang penghujung 2026, dengan merangkumi lebih 30 piawaian negara dalam bidang data yang akan digubal atau dipinda.


Mengikut matlamat yang termaktub dalam panduan tersebut, China akan selesai membina wahana perkhidmatan untuk tujuan ujian, pengesahan serta aplikasi piawaian menjelang penghujung 2026, di samping menubuhkan sekumpulan agensi perkhidmatan pihak ketiga yang berkelayakan dalam melakukan penilaian keupayaan pengurusan data, penilaian data, penilaian keupayaan perkhidmatan data dan penilaian terhadap kecekapan data awam kendalian pemegang mandat.