Thailand Digemari Pelancong China Semasa Cuti Hari Kebangsaan
Menurut statistik terkini Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand pada Selasa, jumlah pelancong antarabangsa yang diterima oleh Thailand dari 30 Sept hingga 6 Okt menyaksikan peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Pertumbuhan ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan ketara kedatangan pelancong China semasa cuti Hari Kebangsaan China.
Dalam masa seminggu itu, lebih 160,000 pelancong China melawat Thailand, meningkat sebanyak 33.9 peratus, diikuti Malaysia, India, Korea Selatan dan Laos.
Menurut data terkini pihak berkuasa Thailand pula, negara itu telah menerima sejumlah 26.64 juta pelancong antarabangsa dari 1 Jan hingga 6 Okt lalu, antaranya jumlah pelancong China menduduki tangga teratas dengan hampir 5.39 juta orang, diikuti Malaysia, India, Korea Selatan dan Rusia.