China, ASEAN Umumkan Penamatan Rundingan Penaiktarafan CAFTA Versi 3.0
Pemimpin China dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mengumumkan penamatan rundingan mengenai penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA)Versi 3.0 dan mengeluarkan kenyataan bersama pada Khamis.
Seorang pegawai Bahagian Antarabangsa Kementerian Perdagangan China berkata, CAFTA versi 3.0 merangkumi sembilan bidang yang melibatkan sektor yang sedia ada dalam Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN serta bidang baharu muncul yang berpotensi besar dalam kerjasama kedua-dua pihak, termasuk: ekonomi digital, ekonomi hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan, peraturan teknikal standard dan prosedur penilaian kelayakan, kebersihan dan langkah fitosanitasi, prosedur kastam dan pemudahan perdagangan, persaingan dan perlindungan pengguna, perusahaan mikro, kecil dan sederhana, dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan teknologi. Kesemua pencapaian tersebut dipercayai akan membawa makna yang penting dalam merintis jalan pembangunan baharu.
Kedua-dua pihak sepakat berpendapat bahawa CAFTA yang sudah dinaiktaraf kondusif bagi memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang baharu muncul antara China dan ASEAN secara menyeluruh, meningkatkan keseragaman tentang piawaian dan peraturan, dan menggalakkan pemudahan perdagangan dan pembangunan inklusif.
Kedua-dua pihak mengesahkan bahawa mereka akan mempercepatkan kerja yang melibatkan semakan undang-undang dan prosedur domestik supaya dapat menjadikan protokol mengenai penaiktarafan terbabit dimeterai pada 2025.