Xi Beramah Mesra denganTetamu Asing Perhimpunan Persahabatan Antarabangsa China

2024-10-11 14:04:02  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping telah mengikuti sesi ramah mesra dengan tetamu asing yang menghadiri Perhimpunan Persahabatan Antarabangsa China, yang juga merupakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-70 Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing (CPAFFC) di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Xi berkata, pencapaian China dalam pelbagai bidang tidak terlepas dari sokongan rakyat pelbagai negara di dunia. Rakyat China sentiasa ingat akan sumbangan yang dibuat pelbagai pihak dan persahabatan yang ikhlas.

Xi menegaskan bahawa China bersedia meningkatkan interaksi dan pertukaran dengan sahabat pelbagai negara, memanfaatkan sektor swasta dalam diplomasi negara, dan berganding bahu membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.


"Semangat 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing' perlu disemarakkan dalam senrio global untuk menjana impak sosial tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Selain  itu, perlu mengamalkan konsep kerjasama dan menang-menang untuk mencetuskan momentum yang kuat, dan menambah elemen yang terbuka dan inklusif ke dalam landskap tamadun sepanjang proses pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Kerajaan China akan terus menyokong peranan yang dimainkan CPAFFC dalam mengembangkan persahabatan rakyat China dengan negara lain dan mendorong kerjasama antarabangsa," kata Xi.


Turut hadir, kira-kira 200 orang tokoh politik asing yang sudah tamat tempoh perkhidmatan, anggota keluarga diraja, pegawai pertubuhan persahabatan antarabangsa dan selebriti terkemuka.