Pergolakan Selat Taiwan Berpunca dari Provokasi Lai Ching-te yang Intai "Kemerdekaan"

2024-10-12 16:27:41  CRI
Share with:

Pemimpin kawasan Taiwan China Lai Ching-te dalam ucapannya pada 10 Oktober sekali lagi melontarkan retorik murahan untuk “kemerdekaan Taiwan”, dan menghasut permusuhan antara Tanah Besar dengan kawasan Taiwan. Ucapan itu sekali lagi mendedahkan niatnya tidak teragak-agak untuk mengaut laba politik demi manfaat sendiri, walaupun menghadapi risiko yang boleh menjadikan keamanan Selat Taiwan terhakis, dan juga mendedahkan identiti aslinya selaku "pembelot" dan "pencetus perang" untuk "Kemerdekaan Taiwan".


Walaubagaimanapun, apa yang direka-rekakan Lai Ching-te, tidak dapat merubah fakta yang objektif, iaitu Taiwan dan Tanah Besar merupakan milik China, sedangkan Taiwan sebahagian wilayah China. 


"Jepun diputuskan harus mengembalikan Taiwan yang dirampasnya kepada China" termaktub secara hitam putih dalam Pengisytiharan Kaherah1943 dan Pengisytiharan Potsdam 1945. Ini merupakan asas dan rujukan undang-undang tentang Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.


Pada 15 November 1971, kerusi yang sah milik Republik Rakyat China (PRC) dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dipulihkan. Menurut resolusi No. 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), "wakil PRC adalah satu-satunya wakil yang sah dalam PBB", dan wakil dari Taiwan segera diusirkan dari PBB dan semua agensi di bawahnya. Ini menandakan bahawa tidak wujud “dua China” atau “satu China satu Taiwan”. Isu yang berprinsip ini tidak boleh dipertikaikan.


Dalam tempoh lebih 50 tahun lalu, pelbagai pertubuhan antarabangsa dan serantau termasuk PBB konsisten dalam mematuhi resolusi No. 2758. China telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan sebanyak183 buah negara yang mengamalkan prinsip Satu China. Ini membuktikan dengan sepenuhnya bahawa mengekalkan prinsip Satu China adalah selaras dengan aspirasi majoriti masyarakat antarabangsa serta arus zaman. Apa yang dicerakinkan Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

Masa depan Taiwan tergantung pada penyatuan semula tanah air, sedangkan kesejahteraan penduduk Taiwan berkait rapat dengan kebangkitan nusa dan bangsa. Sebarang ucapan Lai Ching-te yang mencabar prinsip Satu China, mustahil merubah kedudukan legislatif Taiwan sebagai sebahagian wilayah China dan juga tidak mungkin menjadikan masyarakat antarabangsa terpedaya. Penyatuan semula tanah air adalah arus sejarah yang ditakdirkan tidak terhalang.