Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Ethiopia

2024-10-13 14:12:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Taye Atske Selassie yang menyandang jawatan sebagai Presiden baharu Ethiopia pada Sabtu.


Xi dalam perutusan tahniahnya mengatakan bahawa pada beberapa tahun kebekalangan ini, China dan Ethiopia telah menyaksikan hubungan bilateral berkembang pesat, berhasil dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, dan bertindak pantas memacu kerjasama dua hala yang produktif dalam pelbagai bidang.


Xi menyatakan, beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dua hala, bersedia bersama-sama Presiden Taye berusaha mendorong perkongsian strategik sepanjang masa China-Ethiopia terus mencapai hasil baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, dengan memanfaatkan kesempatan yang wujud sepanjang pelaksanaan keputusan yang tercapai dalam Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024.