Iran "Bersiap untuk Berperang", Kata Menteri Luar Abbas Araqchi

2024-10-14 12:49:48  CRI
Share with:

Iran bersiap untuk berperang, tetapi komited untuk kedamaian, kata Menteri Luar Iran Abbas Araqchi selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Iraq, Fuad Hussein di Baghdad pada Ahad.


Abbas mengutuk Israel enggan menghentikan operasi ketenteraan di kawasan Gaza malah meluaskan operasi kekerasan di Lubnan. 


"Tindakan Israel mungkin menjerumuskan Asia Barat ke dalam situasi yang sangat berbahaya, selain meningkatkan risiko tercetusnya konflik serantau," kata Abbas.