Promosi Senaman Taici, Semarak Budaya Tradisi

2024-10-14 14:33:02  CRI
Share with:

Persidangan Taici Wudang Dunia 2024 membuka tirainya di Gunung Wudang, provinsi Hubei pada Sabtu, yang menarik penyertaan lebih 1,400 atlet taici serta 500 pakar dan wakil dari 45 negara dan wilayah.

Acara selama tiga hari itu diselitkan dengan pelbagai pengisian menarik seperti persidangan kesihatan Taijiquan, program pertukaran budaya bagi mempromosikan senaman taici, simposium antarabangsa mengenai budaya Taoisme dan sebagainya.