China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama

2024-10-14 14:37:35  CRI
Share with:

China sedia bersinergi dengan Vietnam dalam melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, di samping memperkasa pembinaan komuniti berkongsi nasib yang membawa makna strategik.


Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh di Hanoi, pada Ahad. 


Li menyarankan kedua-dua negara terus mempergiat penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelan 'Dua Koridor Satu Lingkaran' sambil menaik taraf kolaborasi dalam pelbagai bidang. 


Beliau berkata kedua-dua pihak harus mengekalkan perundingan, mengendalikan perbezaan pendapat dengan baik dan memperluas kerjasama maritim.


Li turut meluahkan kesediaan China untuk memperkasa koordinasi dan kolaborasi dengan Vietnam menerusi platform multilateral, sekali gus menggerakkan tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah.


Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 terjalinnya hubungan diplomatik China-Vietnam.


Pham Minh Chinh berkata pihaknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan China dalam sektor kewangan dan pelaburan, selain mempercepat kesalinghubungan infrastruktur pengangkutan.


Vietnam juga bersedia bersama China meneroka model baharu seperti zon kerjasama ekonomi rentas sempadan, memperluas kolaborasi dalam bidang baru muncul dan merapatkan pertukaran membabitkan pendidikan, pelancongan serta golongan belia.