Usahawan China-Vietnam Diharap Manfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0
Usahawan China dan Vietnam diharap memanfaatkan perjanjian perdagangan pelbagai hala dan dasar berkaitan seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0.
Demikian ujar Perdana Menteri Li Qiang ketika bersama rakan sejawtnya dari Vietnam Pham Minh Chinh menghadiri simposium dengan perwakilan perusahaan kedua-dua negara di Hanoi pada hari Ahad.
Li melahirkan harapan agar usahawan dari kedua-dua negara akan lebih proaktif melibatkan diri dalam penyelarasan strategi pembangunan negara, selain mempergiat kerjasama inovasi, terutamanya memfokuskan tenaga bersih, bioperubatan dan kecerdasan buatan (AI) hingga memupuk dan memperkukuh momentum baharu demi pembangunan kedua-dua negara.