PLA Adakan Latihan "Joint Sword-2024B" Keliling Pulau Taiwan
Kawasan Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengadakan latihan ketenteraan bersama “Joint Sword-2024B” yang diikuti tentera darat, laut, udara dan angkatan roket di Selat Taiwan, kawasan utara, selatan dan timur pulau Taiwan, pada Isnin.
Jurucakap Kawasan Medan Timur, Li Xi mengatakan, latihan kali ini memfokuskan kepada rondaan persediaan tempur air dan udara, kepungan dan kawalan terhadap pelabuhan dan kawasan penting, dan serangan terhadap sasaran di laut dan darat, demi menguji daya tempur pasukan tentera berkaitan.
Latihan kali ini adalah pencegahan bagi kumpulan “kemerdekaan Taiwan”, dan juga langkah sah dan mustahak untuk membela kedaulatan dan penyatuan negara, kata Li lagi.