Serangan Israel terhadap Pasukan Tentera PBB Adalah Jenayah Perang, Kata Ketua PBB
2024-10-14 15:01:09 CRI
Serangan terhadap anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan ia adalah jenayah perang.
Demikian kata Setiausaha Agung (PBB) Antonio Guterres dalam kenyataan menerusi jurucakapnya pada Ahad.
Beliau berkata, anggota dan tempat pasukan tentera sementara PBB di Lubnan tidak boleh menjadi sasaran serangan.
Menurut laporan, kereta perisai Tentera Pertahanan Israel sengaja menceroboh masuk pangkalan PBB di Lubnan pada Ahad.