Jana Pendapatan dengan Perkebunan Bercirikan Tempatan

2024-10-14 10:43:44  CRI
Share with:

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkebunan yang bermodelkan "koperasi + kebun + pekebun" dipergiatkan di kaunti Changli provinsi Hebei, hasil pengubahsuaian struktur industri pertanian yang melibatkan tanaman buah-buahan seperti tembikai, pic kuning dan anggur. Ia bukan sahaja dapat membantu kelompok pekebun menjana pendapatan malahan juga menyumbang kepada pelaksanaan skim pembangunan desa.