Nikmati Keindahan Tasik Bosten dari Udara
2024-10-14 16:22:00 CRI
Tasik Bosten yang terletak di kaunti Bohu, wilayah Xinjiang merupakan tasik air tawar pedalaman terbesar di China dengan keluasan 1,646 kilometer persegi.
Lebuh raya sepanjang 239.2 kilometer yang mengelilingi tasik itu menghubungkan pelbagai destinasi pelancongan terkenal tempatan antaranya muara Tasik Bosten, Dunia Lautan Bunga Teratai, Bailuzhou, Gunung Haixin, Teluk Yueya dan Taman Tanah Lembap Longju.
Ikuti koleksi foto diambil dari sudut udara ini untuk menikmati pemandangan indah sepanjang lebuh raya mengelilingi Tasik Bosten pada musim luruh.