Kota Kinabalu Hab Kerjasama Malaysia-China

2024-10-14 16:54:10  CRI
Share with:

Kota Kinabalu bukan sahaja antara destinasi pelancongan utama yang menarik pelancong China, tetapi juga berfungsi sebagai hab kerjasama dalam bidang ekopelancongan, kebudayaan dan pendidikan antara Malaysia dan China, kata Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.


"Gabungan antara keindahan alam semula jadi dan kemajuan teknologi Kota Kinabalu telah membuka peluang kerjasama yang lebih luas antara Malaysia dan China," kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) sempena Dialog Datuk Bandar Global di Hangzhou, China.