China, Pakistan Sasar Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Erat

2024-10-15 12:58:07  CRI
Share with:

China sedia bersinergi dengan Pakistan untuk mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara yang lebih erat pada era baharu.


Demikian kata Perdana Menteri China Li Qiang dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif di Islamabad pada Isnin.


Li menyatakan hubungan dua negara sentiasa menjadi keutamaan dalam diplomasi China.


China teguh menyokong Pakistan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah serta menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri.


Menurut beliau, usaha akan dipergiat untuk menaik taraf Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) sambil mempercepat pembinaan projek utama seperti landasan kereta api, lebuh raya dan pelabuhan.


Selain mengukuhkan integrasi sektor perindustrian, dua negara juga akan mempertingkat kerjasama praktikal dalam pertanian, perlombongan, teknologi maklumat dan tenaga.


Beliau turut meluahkan hasrat China untuk memperkasa kerjasama antikeganasan dan merapatkan penyelarasan multilateral dengan Pakistan.


Sementara itu, Shahbaz berjanji akan melipatgandakan usaha memerangi keganasan dan menjamin keselamatan warga China serta institusi dan projek berkenaan di Pakistan.