Tanah Besar Tegas Bertindak Balas terhadap Provokasi Kumpulan “Kemerdekaan Taiwan”

2024-10-15 15:39:04  CRI
Share with:

Kawasan Medan Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengadakan latihan ketenteraan bersama “Joint Sword-2024B” yang diikuti tentera darat, laut, udara dan angkatan roket di Selat Taiwan, kawasan utara, selatan dan timur pulau Taiwan, pada Isnin. 


Sementara itu, armada kapal induk Liaoning juga mengikuti latihan tersebut di timur pulau Taiwan. 


Latihan kali ini bertujuan untuk menguji daya tempur pasukan tentera berkaitan. Ia juga pencegahan bagi kumpulan “kemerdekaan Taiwan”, serta langkah sah dan mustahak untuk membela kedaulatan dan penyatuan negara.


Menurut perlembagaan China, Taiwan merupakan sebahagian wilayah China. Undang-Undang Anti Pemecahbelahan Negara melarang kumpulan “kemerdekaan Taiwan” memisahkan Taiwan dari tanah air dengan apa jua alasan dan cara. 


Menurut Undang-Undang Pertahanan Negara pula, salah satu misi bagi PLA adalah membela kedaulatan negara, penyatuan tanah air dan keutuhan wilayah China.


Latihan ketenteraan kali ini menyasarkan tindakan provokasi kumpulan “kemerdekaan Taiwan”, bukan menyasarkan penduduk Taiwan. “Kemerdekaan Taiwan” tidak selaras dengan kepentingan penduduk Taiwan. 


Pelbagai lapisan masyarakat Taiwan masing-masing menyuarakan bantahan terhadap apa yang disebut kenyataan “10 Okt” oleh Lai Ching-te mutakhir ini yang mencabar prinsip satu China, menjejaskan kedamaian di kawasan Selat Taiwan serta menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan penduduk Taiwan. 


Oleh itu tindak balas Tanah Besar adalah untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan serta menjaga kesejahteraan penduduk di pulau itu.