Panda Gergasi Bao Li dan Qing Bao akan ke Zoo Washington
2024-10-15 15:36:49 CRI
Panda gergasi Bao Li dan Qing Bao diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu, China pada malam Isnin.
Kedua-dua panda itu akan 'merantau' di Zoo Nasional Washington selama sepuluh tahun.
Pada petang Isnin, Pusat Perlindungan dan Penyelidikan Panda Gergasi China dan Persatuan Perlindungan Haiwan Liar China telah mengadakan majlis perpisahan untuk “Bao Li” dan “Qing Bao”.