Tentera China, Thailand Bakal Adakan Latihan Bersama
2024-10-16 15:03:28 CRI
Tentera China dan Thailand akan mengadakan latihan bersama di Yunnan, barat daya China pada pertengahan dan penghujung bulan ini, kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Wu Qian pada Selasa.
Menurut rancangan, latihan itu akan memfokuskan operasi antikeganasan, mengaturkan pelbagai acara seperti penyelarasan kendalian manusia dan tanpa manusia, peletupan khas, pendataran helikopter dan lain-lain, dengan tujuan untuk meningkatkan daya koordinasi kedua-dua pihak dan memberikan tenga positif kepada kestabilan serantau.