Semakin Banyak Kenderaan Dieksport Melalui Pintu Sempadan Horgos

2024-10-16 10:48:31  CRI
Share with:

Jumlah kenderaan buatan China yang dieksport melalui pintu sempadan Horgos di wilayah Xinjiang melambung tahun ini.


Menurut maklumat dari Jabatan Pentadbiran Pintu Sempadan Horgos yang menangani pelepasan kastam terbanyak di China tentang eksport kenderaan melalui darat, jumlah kenderaan komersial yang dieksport melalui pintu sempadan itu telah meningkat 77.6% dengan mencecah 75,000 unit pada separuh tahun pertama tahun ini.