Singapura Kerah Jet Pejuang Iring Pesawat Terima Ancaman Bom

2024-10-16 15:17:02  CRI
Share with:

Syarikat penerbangan Air India Express menerima e-mel yang mendakwa terdapat bom di sebuah pesawat miliknya yang menuju ke Singapura pada Selasa.


Untuk menanangi ancaman bom itu, tentera udara Singapura segera mengerahkan dua jet pejuang F-15SG untuk mengiringi pesawat Air India Express terbabit menjauhi kawasan berpenduduk di bandar. Pesawat itu kemudian mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changyi pada kira-kira pukul 10.00 malam.


Menurut Air India Express, pihaknya dan beberapa syarikat penerbangan lain di India telah menerima ancaman serupa dalam beberapa hari kebelakangan ini, namun setakat ini semuanya disahkan ancaman palsu.