Perdagangan Luar China Capai Prestasi Baik dalam Tiga Suku Pertama 2024

2024-10-16 12:26:54  CRI
Share with:

Menurut data statistik terkini yang diumumkan pihak berkuasa China, jumlah import dan eksport barangan negara ini mencecah RMB32.33 trilion (RM19.52 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 


Antaranya, jumlah eksport menokok 6.2 peratus, manakala import meningkat 4.1peratus. 


Pendapat awam antarabangsa beranggapan bahawa bukanlah mudah bagi China untuk mencapai prestasi perdagangan luar yang cukup baik itu, lebih-lebih lagi dalam konteks ekonomi dunia masih dalam pemulihan dan perlindungan perdagangan global semakin ditingkatkan.


Dalam tiga suku pertama tahun ini, jumlah import dan eksport China untuk julung-julung kalinya melebihi angka RMB32 trilion dalam sejarah, manakala jumlah import dan eksport bagi ketiga-tiga suku masing-masing melebihi RMB10 trilion dan mengekalkan trend peningkatan dari suku ke suku.

Bagaimana China dapat mencapai prestasi yang cemerlang itu? 


Dari perspektif unsur dalaman, ia mendapat manfaat daripada rantaian bekalan pembuatan yang lengkap, skala ekonomi yang besar dan kemajuan teknologi yang pesat. Produk China mempunyai daya saing yang kuat, menyediakan asas dan jaminan demi ia menembusi pasaran antarabangsa. 


Dipandang dari perspektif luaran, pemulihan permintaan di peringkat global juga mewujudkan syarat baik bagi eksport barangan dari China.


Pada masa ini, kenderaan elektrik, bateri litium dan produk fotovoltaik China dieksport ke lebih 200 buah negara dan wilayah, ia bukan sahaja mempelbagaikan bekalan di pasaran global, mengurangkan tekanan inflasi, malah juga memberi sumbangan besar bagi dunia menghadapi perubahan iklim dan transformasi hijau.