Xi Adakan Tinjauan di Bandar Zhangzhou, Fujian

2024-10-16 12:55:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di kaunti Dongshan, bandar Zhangzhou, provinsi Fujian pada petang Selasa.

Beliau melawat ke kampung Aojiao di kaunti Chencheng, Dewan Peringatan Gu Wenchang, dan Taman Perindustrian Budaya Guandi.

Semasa lawatan itu, Xi berpeluang untuk mengetahui tentang usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan untuk memajukan pembangunan luar bandar secara menyeluruh, mewariskan tradisi revolusi dan meningkatkan perlindungan warisan budaya.