Pelaburan dan Bantuan AS, Komitmen atau Cek Kosong?

2024-10-17 15:23:05  CRI
Share with:

Menurut kenyataan Rumah Putih baru-baru ini, Presiden Joe Biden terpaksa menunda lawatannya ke Jerman dan Angola yang dijadualkan pada pertengahan Oktober, ekoran Amerika Syarikat (AS) dilanda bencana ribut. 


Lawatan rasmi ke Angola ialah komitmen Biden pada tahun lepas, namun masih belum menjadi realiti. Sekarang hanya tinggal tiga bulan sahaja sebelum tempoh perkhidmatan Biden tamat, ditambah pula kempen pilihan raya presiden berlangsung sengit, sama ada lawatan Biden ke Afrika dapat dilakukan masih belum dapat dipastikan. 


Ini mengingatkan orang ramai bahawa AS telah membuat banyak komitmen kepada negara Afrika, namun kebanyakan menjadi 'cek kosong'.


AS memandang diri sebagai 'negara penghulur bantuan terbesar di dunia' dan negara itu ada banyak projek untuk membantu Afrika. 


Menurut maklumat kedutaan AS ke China, nilai bantuan kemanusiaan AS kepada Afrika mencatat hampir USD3.7 bilion pada tahun fiskal 2024. Angka itu nampaknya memang besar, namun ia jauh berbeza dengan apa yang diperoleh rakyat Afrika. 


Menurut sarjana dan pakar yang sering mengikuti projek AS di Afrika, pembayaran subsidi kakitangan, dana penyelidikan, dan bil penginapan di hotel lima bintang semua ditanggung oleh projek bantuan AS. 


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, AS telah mengeluarkan banyak cadangan termasuk bantuan kepada Afrika, seperti "Pembinaan Semula Dunia Lebih Indah", "Strategi Kemakmuran Afrika" dan lain-lain. Namun kebanyakannya merupakan cek kosong sahaja dengan niat politik lebih besar berbanding tujuan ekonomi. 


Contohnya, AS berjanji akan memperuntukkan USD55 bilion untuk menyokong "Agenda 2063 Kesatuan Afrika". Namun hanya USD15 bilion daripadanya adalah peruntukan baharu, USD40 bilion lain adalah dana dari projek terdahulu yang dikemaskini semula. 


Penganalisis dari Kumpulan Eurasia, Amaka Anku berpendapat bahawa bantuan AS kepada Afrika umpama cek kosong, kekurangan keikhlasan dan unsur baharu.