China, Malaysia Sepakat Promosi Kerjasama Maritim

2024-10-17 12:29:58  CRI
Share with:

Mesyuarat pertama dialog dua hala China-Malaysia mengenai isu maritim diadakan di Langkawi, Malaysia pada Rabu, dihoskan bersama Naib Menteri Luar China, Chen Xiaodong dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Malaysia, Nurshirwan Zainal Abidin.


Turut hadir adalah pegawai jabatan-jabatan maritim kedua-dua negara.


Kedua-dua pihak memberikan penilaian tinggi terhadap hubungan persahabatan antara China dan Malaysia, sementara bertukar-tukar pandangan tentang situasi maritim semasa dan isu-isu berkaitan.


Mereka telah mencapai kata sepakat untuk mempergiat kerjasama maritim praktikal antara China dan Malaysia.