Xi Mahu Fujian Jadi Pelopor Pacu Modenisasi Negara
Presiden China Xi Jinping mahu provinsi Fujian terus komited terhadap matlamat pembangunan dan memainkan peranan sebagai pelopor dalam memacu modenisasi negara.
Beliau membuat kenyataan itu semasa mengadakan tinjauan selama dua hari di provinsi Fujian bermula Selasa.
Ketika berada di bandar Zhangzhou dan Xiamen, Xi melawat ke kawasan luar bandar, badan perlindungan tinggalan budaya, zon rintis perdagangan bebas dan sebagainya.
Beliau berkata Fujian perlu terus melakar kemajuan lebih besar dalam usaha mempercepat pembangunan sistem ekonomi moden, di samping meneroka pendekatan baharu ke arah mewujudkan pembangunan bersepadu rentas Selat Taiwan.
Selepas mendengar laporan kerja Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di Fujian dan kerajaan tempatan, Xi menyuarakan harapan supaya provinsi itu memperkasa integrasi antara inovasi teknologi dan inovasi perindustrian sambil memperdalam pembaharuan menyeluruh dan memperluas keterbukaan bertaraf tinggi.
Beliau juga mahu Fujian menjadi teladan dalam pembangunan terselaras antara wilayah serta pembangunan bersepadu bandar dan desa, selain berusaha meningkatkan pengaruh dari segi budaya.