Presiden Xi Adakan Tinjauan di Bandar Xiamen, Fujian

2024-10-17 11:22:46  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di Zon Rintis Perdagangan Bebas Daerah Xiamen, provinsi Fujian pada pagi Rabu.


Beliau mengunjungi pameran hasil pembangunan zon rintis perdagangan bebas itu, mendengar taklimat yang dibuat pegawai tempatan mengenai usaha memperkasakan pembaharuan dan pintu terbuka, serta meneroka jalan baharu pembangunan bersama kedua-dua belah Selat Taiwan.

Beliau juga meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan kakitangan yang berkhidmat di pusat perkhidmatan awam.