Xi Galak Golongan Belia Libatkan Diri dalam Inovasi Sains dan Teknologi

2024-10-17 12:24:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan golongan belia agar menyemarakan semangat sains dan secara giat melibatkan diri dalam inovasi sains dan teknologi.


Beliau memberikan galakan itu menerusi surat balas kepada wakil pelajar yang menyertai Pertandingan Inovasi Mahasiswa Antarabangsa China 2024.


Xi menyatakan bahawa inovasi antara sumber kemajuan manusia, manakala golongan belia adalah tunggak dalam mempromosikan inovasi. Diharapkan mereka memberikan sumbangan demi mempergiat interaksi dan kemajuan sains dan teknologi antara pelbagai negara.


Lebih 20 juta mahasiswa dari 153 buah negara dan wilayah mengambil bahagian dalam pertandingan tahun ini, antaranya termasuk hampir 40,000 pelajar asing. Pertandingan peringkat akhir telah diadakan di Shanghai.