Sut Angkasawan Dipertoton kepada Umum
Sut angkasawan untuk kegunaan misi eksplorasi bulan buat julung kalinya dipertontonkan kepada umum baru-baru ini.
Sebagai salah satu peralatan utama bagi misi berkenaan, sut itu berfungsi menjamin keselamatan nyawa dan memberi sokongan kepada operasi angkasawan ketika menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA).
Ia dapat menyediakan perlindungan menyeluruh kepada angkasawan apabila mereka berada dalam persekitaran kompleks di permukaan bulan seperti vakum, suhu ekstrem dan radiasi.
Sejak penyelidikan dan pengeluaran sut angkasawan dilancarkan pada 2020, kemajuan besar dicapai dalam beberapa teknologi utama sekali gus meletakkan asas kukuh untuk menyempurnakan misi manusia mendarat di bulan.
Jom, kita bersama-sama melihat dengan lebih dekat sut angkasawan yang direka bentuk oleh China sendiri melalui klip video ini!