Jepun Dituntut Henti Kegiatan Haram di Perairan China

2024-10-17 15:54:41  CRI
Share with:

Bot nelayan "Tsurumaru" Jepun menceroboh masuk ke kawasan perairan Pulau Diaoyu China secara haram pada Selasa dan Rabu lalu. Pengawal Pantai China (CCG) telah mengambil langkah sah di sisi undang-undang untuk memantau, mengawal serta mengusir bot itu, kata jurucakap CCG, Liu Dejun.


"Pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya adalah wilayah China. China menuntut Jepun menghentikan segera sebarang kegiatan haram di kawasan perairan China. 


"CCG akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan China untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan maritim negara," kata Liu.

100%
Siaran Harian (26-11-2024)
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time -0:00
 
1x
Video Player is loading.