123 Negara Anggota PBB Bantah Langkah Israel Ganggu Operasi UNRWA

2024-10-18 14:39:19  CRI
Share with:

Wakil Tetap dari 123 negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang akhbar bersama pada Khamis, memberikan amaran kepada Israel tentang langkah parlimen negara itu yang hendak meluluskan rang undang-undang untuk melarang operasi Agensi Bantuan dan Pekerjaan untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA). 


Mereka menyatakan bahawa langkah Israel tersebut akan membawa malapetaka kemanusiaan yang lebih teruk kepada berjuta-juta rakyat Palestin.


Wakil Tetap Jordan ke PBB, Mahmoud Daifallah Mahmoud Hmoud menyatakan, agensi PBB itu telah menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dari pelbagai generasi.


Beliau mewakili negara-negara lain dalam sidang akhbar itu, menzahirkan sokongan penuh kepada UNRWA untuk menjalankan misinya, terutamanya dalam menyelamatkan nyawa dan memberikan bantuan kepada pelarian di Gaza.