Jepun Digesa Bersikap Betul dan Berhati-hati dalam Isu Sejarah

2024-10-18 15:40:39  CRI
Share with:

Jepun digesa memandang sejarah pencerobohan dengan sikap betul dan mengambil iktibar, bersikap berhati-hati dalam isu sejarah termasuk Kuil Yasukini. 


Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media di Beijing pada Khamis.


Mao berkata, Kuil Yasukuni ialah alat dan simbol spiritual penganut fahaman ketenteraan Jepun yang melancarkan perang pencerobohan terhadap negara lain, dan terhadap 14 penjenayah perang kelas A dipuja di kuil itu. 


Jepun digesa menjauhi militarisme, mengikuti jalan pembangunan damai supaya memenangi kepercayaan negara jiran di Asia, malah masyarakat antarabangsa. 


Dilaporkan, Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menghadiahkan alat pemujaan “masakaki” di Kuil Yasukuni mutakhir ini.