KDNK China Naik 4.8% dalam Tiga Suku Pertama 2024
2024-10-18 12:42:30 CRI
Menurut data terkini Jabatan Statistik Negara China (NBS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China merekodkan RMB94.97 trilion (RM57.4558 trilion) dalam tiga suku pertama tahun ini, menokok 4.8 peratus dari tahun ke tahun.
Maklumat diumumkan NBS dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China di Beijing pada Jumaat.