Mesyuarat Tergempar UNSC Tuntut Israel Batal Kepungan di Gaza
2024-10-18 15:33:19 CRI
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai isu Palestin-Israel pada Rabu.
Wakil dari pelbagai negara menggesa Israel menaati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membatalkan kepungan di Gaza, serta menarik balik sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke kawasan terbabit.
Terdapat dugaan bahawa Israel kemungkinan akan melaksanakan pelan "surrender or starve" di Gaza ekoran tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas kawasan utara Gaza baru-baru ini.