Keyakinan Syarikat Asing Meningkat Ekoran Perubahan Positif Ekonomi China
Syarikat dan media asing memberikan perhatian tinggi tentang siri dasar rangsangan yang diperkenalkan kerajaan China mutakhir ini. Mereka percaya langkah-langkah tersebut akan mendorong pertumbuhan ekonomi China ke taraf baharu.
Tarikan China sebagai tempat sasaran pelaburan berkualiti meningkat secara berterusan, dan ini terbukti ekoran pengumuman data ekonomi China dalam tiga suku pertama tahun ini pada Jumaat lalu.
Menurut pengiraan peringkat awal, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat RMB94.97 trillion (RM59.35 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini, menokok 4.8 peratus.
Ditinjau dari empat indeks makro iaitu pertumbuhan, pekerjaan, inflasi dan imbangan pembayaran antarabangsa, ekonomi China kekal beroperasi dengan mantap manakala pembangunan berkualiti tinggi terus diperkasakan.
Dalam pada itu, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) mencatat 49.8 peratus pada Sept lalu dan meningkat 0.7 peratus berbanding bulan sebelumnya. Antaranya, indeks produktiviti meningkat 1.4 peratus dan ini mencerminkan kedinamikan mengukuh dan unjuran pasaran sedang meningkat.
Makmal pengajian praktikal syarikat Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) di kota Shenzhen dirasmikan baru-baru ini. Selain itu, syarikat Audi dari Jerman mengumumkan akan membina susun atur produk berskala paling besar di pasaran China bagi jenamanya dalam sejarah. Sementara itu, syarikat GE AS pula mengumumkan akan menggandakan peruntukan dana dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China untuk tiga tahun akan datang.
Menurut pandangan syarikat-syarikat tersebut, mereka bukan sahaja perlu memasuki pasaran gergasi China, malah perlu “menyebatikan diri” dalam pasaran China, iaitu menjadikan pasaran China sebagai pasaran yang dikongsi seluruh dunia melalui kerjasama mendalam.