Laga Lembu Jantan Tradisional di Guizhou

2024-10-20 09:29:18  CRI
Share with:

Laga lembu jantan tradisional diadakan di pekan Wangdong, kaunti Congjiang, provinsi Guizhou mutakhir ini.

Perlawanan melibatkan lebih 40 ekor lembu jantan menarik kunjungan ramai penduduk tempatan dan pelancong dari kawasan di sekitarnya. Laga lembu jantan yang mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun merupakan adat resam tradisional yang amat digemari oleh etnik Miao dan etnik Dong. Aktiviti itu telah menjadi platform bagi pertukaran antara pelbagai etnik di kawasan itu.