Rangkaian Kewangan Hizbullah Jadi Sasaran Israel

2024-10-21 11:11:34  CRI
Share with:

Israel melancarkan serangan udara terhadap rangkaian kewangan milik Hizbullah iaitu Persatuan Al-Qard Al-Hassan di pinggir selatan Beirut dan beberapa tempat lain pada malam Ahad.


Awal hari itu, tentera Israel mengeluarkan perintah pemindahan kepada penduduk awam di selatan Lubnan dan beberapa tempat di wilayah Bekaa supaya menjauhkan diri dari lokasi berkaitan persatuan berkenaan.


Difahamkan, Persatuan Al-Qard Al-Hassan menyediakan perkhidmatan kewangan dan mempunyai pelanggan dalam kalangan rakyat biasa Lubnan.