Persidangan COP16 Bermula di Colombia
2024-10-21 14:36:12 CRI
Persidangan ke-16 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP16) dirasmikan di Cali, Colombia pada Ahad.
Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Huang Runqiu dalam ucapannya berkata China akan terus berusaha sedaya upaya ke arah realisasi matlamat ditetapkan dalam Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal.
COP16 yang dijadual berlangsung sehingga 1 November berkisar kepada tiga topik perbincangan iaitu pemuliharaan biodiversiti, penggunaan mampan sumber asli serta pengagihan adil faedah daripadanya.