Pengangkutan Sibuk di Pintu Sempadan Ceke
2024-10-22 13:28:49 CRI
Pintu sempadan Ceke yang terletak di kaunti Ejina daerah Alxa di wilayah Mongolia Dalam China merupakan satu hab pengangkutan dan pusat perdagangan kargo yang menghubungkan negara Mongolia dengan kawasan bahagian barat laut China.
Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah kargo yang diimport dan dieksport melalui pintu sempadan Ceke menyaksikan peningkatan 47.99% tahun ke tahun dengan mencatat 18.44 juta tan.