UNIFIL Teruskan Misi Pengaman di Lubnan

2024-10-22 14:34:16  CRI
Share with:

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) akan meneruskan misi pengaman di selatan Lubnan.


UNIFIL menerusi satu kenyataan berkata tindakan tentera Israel sengaja merosakkan fasiliti kem dan aset milik PBB pada Ahad, melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi 1701 Majlis Keselamatan.

Menurut kenyataan itu, kelakuan seumpama bukan sahaja membelakangi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, malah mengancam keselamatan nyawa anggota pasukan pengaman. 


Sejak kebelakangan ini, UNIFIL banyak kali diserang tentera Israel menyebabkan beberapa anggota pasukan pengaman cedera, sekali gus mengundang kutukan masyarakat antarabangsa.