China Bantah Tindakan Provokasi Ancam Kedaulatan Negara
2024-10-22 14:30:33 CRI
China tegas menentang tindakan provokasi oleh mana-mana pihak yang mengancam kedaulatan dan keselamatan China atas nama 'kebebasan pelayaran'.
Jurucakap Kementerian Luar Lin Jian membuat kenyataan itu susulan kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) USS Higgins dan frigat Kanada HMCS Vancouver melakukan transit di Selat Taiwan dan mengheboh-hebohkan perkara itu pada Ahad.
Beliau menegaskan Taiwan sebahagian wilayah China dan isu Taiwan bukan mengenai kebebasan pelayaran, sebaliknya berkaitan kedaulatan negara dan integriti wilayah.