Industri Layang-layang Berkembang Rancak di Weifang
Bandar Weifang provinsi Shandong mempunyai sejarah yang amat panjang dalam industri karangkraf layang-layang yang berteraskan empat teknik utama, iaitu "mengikat, menempel, mewarna dan menerbangkan", sedangkan kemajuan kreatif kelihatan dicapai berturut-turut dalam teknik yang terkait yang diwarisi secara turun temurun sehingga tersenarai sebagai warisan budaya tidak ketara di peringkat kebangsaan pada tahun 2006.
Industri layang-layang buatan Weifang berkembang rancak pada masa kini, dengan corak bentuknya beraneka ragam. Terdapat lebih 600 perusahaan pengeluar layang-layang di bandar ini yang mengupahi pekerja kira-kira 80,000 orang, dan jualannya yang menjangkau lebih 50 negara dan wilayah boleh menokok lebih RMB2 bilion(RM1.2 bilion) setiap tahun.