Persidangan Kenderaan Pintar Keterhubungan Internet Dunia 2024 di Beijing

2024-10-22 11:27:32  CRI
Share with:

Persidangan Kenderaan Pintar Keterhubungan Internet Dunia 2024 (WICV) berlangsung di Beijing pada masa sekarang. 


Terdapat lebih 250 syarikat dari dalam dan luar negara yang hadir sebagai pempamer dalam WICV 2024 yang skalanya paling besar berbanding pelbagai edisi lalu. 

Dalam pada itu, teknologi dan produk baharu yang berjumlah lebih 200 item yang dibawa mereka ke pameran tersebut dapat menunjukkan pencapaian terkini dalam pelbagai bidang melibatkan automotif, pengangkutan, Internet dan komunikasi.

Sebahagian pencapaian utama dalam bidang kenderaan pintar yang terhubung dengan Internet seperti sepuluh Lonjakan Terbaik dan sepuluh Trend Utama dalam senario Global, dilihat berperanan menunjukkan hala tuju demi pembangunan selanjutnya pada masa kelak.