Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-2 Bakal Berlangsung di Beijing
Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-2 bakal berlangsung dari 26 hingga 30 November di Pusat Pameran Antarabangsa China (Shunyi) di Beijing.
Dengan bertemakan "Hubungkan Dunia Cipta Masa Depan Bersama", ekspo yang kawasan pamerannya mencatat kira-kira 100 ribu meter persegi pada tahun ini merangkumi 7 zon termasuk enam untuk rantaian pembuatan maju, tenaga bersih, kenderaan pintar, teknologi digital, kehidupan sihat, dan pertanian hijau, serta satu lagi untuk pameran perkhidmatan rantaian bekalan. Para pengunjung boleh mendapat pendedahan tentang konsep, produk dan teknologi yang canggih melibatkan industri hulu, pertengahan dan hilir dalam rantaian perindustrian yang berkaitan, serta perkhidmatan sektor kewangan dan insurans, logistik dan penghantaran, perundingan perniagaan dan undang-undang yang mempunyai keserasian.
Pada masa ini, semua kerja persiapan berjalan lancar dengan menyaksikan lebih 600 syarikat domestik dan asing sudah mengesahkan pendaftaran untuk mengambil bahagian dalam ekspo itu. Lebih 30% antaranya adalah pempamer asing dari hampir 60 buah negara.
Turut hadir seperti yang dijangka, selebriti dari pelbagai lapisan masyarakat melibatkan sektor politik, perdagangan dan akademik dari lebih 100 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.