CIIE ke-7 Berlangsung di Shanghai Bulan Depan
2024-10-23 16:59:10 CRI
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh dijadual berlangsung di Shanghai bermula 5 hingga 10 November.
Sempena ekspo itu, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao yang merangkumi satu forum utama dan 19 subforum akan turut diadakan secara serentak.
CIIE edisi kali ini menyediakan ruang pameran berkeluasan lebih daripada 420,000 meter persegi.
Dalam pada itu, sebanyak 152 negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa akan menyertai acara pameran negara dan pameran perusahaan.