Xi Bertemu Presiden Laos

2024-10-23 11:57:15  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menyeru China dan Laos mewujudkan model untuk kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


Beliau membuat kenyataan itu semasa pertemuan bersama Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden Laos Thongloun Sisoulith di Kazan, Rusia pada Selasa.


Xi berkata kedua-dua pihak harus terus mengukuhkan pembangunan landasan keretapi China-Laos dan menggalakkan pembinaan Koridor Ekonomi China-Laos.

 

China bersedia mengimport lebih banyak produk pertanian berkualiti dari Laos di samping mempererat pertukaran dan kerjasama dalam bidang seperti pendidikan, budaya dan belia, kata beliau.

Sementara itu, Thongloun menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan China untuk membantu Laos memecut pembangunan sosioekonomi, sambil menyuarakan harapan terus bersinergi dengan China ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.