Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam

2024-10-23 11:50:00  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Luong Cuong yang mula menyandang jawatan sebagai Presiden Vietnam.


Xi berkata pada beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengekalkan komunikasi strategik yang rapat dengan pemimpin Vietnam dan bersama membawa hubungan bilateral ke era baharu pembinaan komuniti berkongsi nasib yang bermakna strategik.


Beliau menyarankan kedua-dua pihak melaksanakan dengan baik konsensus yang dicapai pucuk pimpinan parti dan negara, mendorong kerjasama strategik komprehensif membuahkan lebih banyak hasil substantif dan memacu modenisasi dua negara.


Xi turut menzahirkan hasrat bersinergi dengan Luong Cuong untuk memperkasa pembinaan komuniti berkongsi nasib dan membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.